Sunday, July 31, 2011

Jam Loceng Untuk Komputer


Hai, sekali lagi saya meletakkan software yang menarik di dalam blog ini iaitu software jam loceng untuk komputer mahupun laptop, apa yang menarik tentang jam loceng ni ialah, kita boleh pilih bunyi-bunyi yang hendak kita jadikan penggera, sangat mudah untuk digunakan, hanya masukkan tarikh dan masa yang hendak kita kejutkan kemudian set alarm.

Apabila tepat pada waktu tersebut, software ini akan menghantar isyarat pada pemain mp3 pada komputer kita dan sekali gus ia akan play secara automatik, jadi amat mudah dan seronok.
Kelemahannya kita kena on laptop lah, kalau off macamna nak bunyi kan?
Anda boleh test dengan menekan butang test yang disediakan untuk test samada bunyi atau tidak, sangat mudah dan senang digunakan.

Kalau zaman dulu orang kata susah nak cari jam, sekarang dengan laptop atau komputer, ianya boleh jadi pelbagai benda dari A to Z sehingga boleh jadi jam penggera, hebat kan teknologi sekarang?

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen anda!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More