
Assalamualaikum, apa khabar semua, semalam saya baru download driver pack solution versi yang 11 iaitu final version punya, ianya amat berlainan dengan version-version yang lama kerana versi kali ini sesuai digunakan oleh pelbagai jenis komputer dari jenis lama hingga jenis yang baru..Jadi saiz yang sebesar 3GB saya download tu memang agak berbaloi kerana software ini memang susah nak dapat kerana sesetengah orang malas nak download fail sebanyak tu.
Untuk apa Driver pack solution ni?
--- Lepas format pc/laptop, ada sesetengah komputer yang tidak ada driver yang lengkap contohnya driver sound, grafik atau network, jadi driver selebihnya kita perlu cari sendiri samada dari cd driver ataupun dari internet, jadi dengan menggunakan DRIVER PACK SOLUTION ini, walau apa jua jenis komputer dan driver, semuanya digabungkan driver-driver tersebut didalam satu software ini. Senang cerita Semua driver ada dalam Software Driver Pack Solution ni la. OK.
Disini saya nak bagitau cara-cara nak menggunakan Driver Pack Solution 11 ini.
Lepas download Software tersebut dari torent di Driver Pack ini yang bersaiz hampir 3gb.
Copy la dalam hardisk atau DVD, pastu cari komputer yang tak de driver lagi double click je kat icon macam gambar bawah ni.
Pastu nanti kalau driver yang tak de dalam komputer tu akan keluar senarai-senarai dia sama ada untuk install driver yang belum ada ataupun update driver yang sedia ada.
Kalau software ni dah habes scan semua driver-driver pastu tekan je "install" dekat "Missing driver found" jangan tekan update.
Lepas dia dah habes install semua driver-driver tersebut, restart je pc anda dan semua driver dah diinstall dengan sempurna. Senang kan?Driver pack ni selalu diguna dekat kedai-kedai service komputer. Simpan untuk private pun boleh jugak.



0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen anda!