Monday, August 1, 2011

Window 7 Ultimate Download




Format yang di download adalah dalam file .iso ataupun file "Image". Jadi setelah selesai download Window 7 dalam format .iso tersebut, anda perlu burn ke dalam dvd dengan menggunakan software Magis Iso yang saya letakkan di link bawah ini untuk di download, selepas habes download install software berikut dan open, kemudian masukkan DVD ke dalam dvd writer lepastu pilih Window7 yang anda download tadi lepastu tekan "Burn". sesudah habis burn kedalam Dvd tersebut maka anda telah memperoleh sekeping DVD OS window 7. Kalau tak faham, sila tinggalkan Komen, saya akan balas. Terima Kasih :)

Sunday, July 31, 2011

Jam Loceng Untuk Komputer


Hai, sekali lagi saya meletakkan software yang menarik di dalam blog ini iaitu software jam loceng untuk komputer mahupun laptop, apa yang menarik tentang jam loceng ni ialah, kita boleh pilih bunyi-bunyi yang hendak kita jadikan penggera, sangat mudah untuk digunakan, hanya masukkan tarikh dan masa yang hendak kita kejutkan kemudian set alarm.

Apabila tepat pada waktu tersebut, software ini akan menghantar isyarat pada pemain mp3 pada komputer kita dan sekali gus ia akan play secara automatik, jadi amat mudah dan seronok.
Kelemahannya kita kena on laptop lah, kalau off macamna nak bunyi kan?
Anda boleh test dengan menekan butang test yang disediakan untuk test samada bunyi atau tidak, sangat mudah dan senang digunakan.

Kalau zaman dulu orang kata susah nak cari jam, sekarang dengan laptop atau komputer, ianya boleh jadi pelbagai benda dari A to Z sehingga boleh jadi jam penggera, hebat kan teknologi sekarang?

Change photo to text download version

Salam, Saya ada jumpa satu software yang menarik, software ni saya dah jumpak lama dah, tapi saja tak upload lagi, biar saya guna bagi puas dulu lepastu baru saya upload, so adil kan?

Software name is Change photo to text download version.

Baiklah, software ni gunanya untuk menukarkan gambar kita kepada tulisan, mungkin ramai yang kata software ni tak penting, tapi bagi yang meminatinya, adalah amat rugi kalau tak download, kan?. Kalau sapa-sapa yang pernah guna software ni pun tak rugi nak try, sebab ianya percuma dan menarik, semua gambar yang kita open guna ni akan ditukarkan kepada FONT atau tulisan, jadi menarik kan?

Lagi satu, software ni amat mudah digunakan dan kita tak perlu upload gambar dalam internet, seperti sesetengah website, kita perlu upload gambar ke internet, pasti tak seronok bukan kerana gambar kita terselit dalam internet, kalau nasib tak baik, diorang amik gambar tu wat showcase pulak tak ke naya? jadi guna software ni menyelamatkan keadaan ok.?

Contoh gambar: Yang kecik2 tu tulisan mcmni. "skdajfk38729^&(&%#" maka jadilah gambar kereta seperti dibawah. Boleh try.
(Tak sampai 1MB)

Kalau nak try online version punya boleh try kat bawah ni

Friday, July 29, 2011

MP3 MP4 Player Utilities 3.68

Assalamualaikum, anda ada mp4 made in China, made in Malaysia atau made in mana-mana yang video dia file jenis AMV?, kadang-kadang kita bubuh video dalam mp4 kita tak leh nak baca kan?so dengan software ni, kita boleh convert video kita yang mana-mana kita nak play dalam mp4 tu.

Software ni kita akan convert video menjadi file AMV sekaligus dapat play dalam player mp4 kita tu, jadi tak perlu nak google susah-susah cari software nak convert video tu sebab saya dah sedia kat sini, senang saja nak guna program ni, pilih mana-mana video kemudian tekan convert, dan kita boleh setting saiz video kita ikut jenis player mp4 kita, senang kan? 

Bawah ni contoh screenshoot untuk software tu.


(5.67mb)

Blogwalking Software


Blogwalking adalah cara untuk mendapatkan traffik pengunjung ke blog kita, dengan kita mengunjung blog orang lain dan kita tinggalkan link pada blog orang tersebut, secara tidak langsung orang tersebut atau orang lain yang sedang blogwalking juga akan melihat link pada blog kita dan sekali gus mereka akan datang pada blog kita, jadi disini saya letakkan software blogwalking cara mudah sedikit dengan anda tidak perlu lagi ke blog orang tertentu dan melihat pula pada shoutbox orang tu kemudian klik link yang orang lain tinggal pula dan lihat pula pada shoutbox orang lain dan seterusnya, dengan adanya software ini, anda boleh savekan link-link blog yang anda pernah lawat, jadi tak perlu nak tengok pada shoutbox orang tiap masa.



Pada mula mungkin anda perlu membuat perkara berikut, tapi lepas save link-link blog itu, anda tak perlu lagi cari link yang ada pada shoutbox orang itu, dalam erti kata yang lain, anda buka software ini dan anda savekan link-link blog yang anda lawat, kemudian anda buka software ni, dan anda lawat blog tersebut dengan link-link yang disavekan di sini, jadi ini memudahkan anda untuk tinggalkan jejak, dan tak berlaku dua atau tiga kali anda buka blog mereka, contohnya anda buka blog mereka guna software ni, tinggalkan link, pastu tutup, pastu buka blog yang lain pulak, tinggal link tutup, kerana link-link sudah ada di software tersebut.

Kalau anda tak paham, anda boleh try sendiri la, kalau nak cerita memang tak habeh kalau nak taip, haha..

(15kb)

Saturday, July 23, 2011

Window 7 Activation


Window anda tidak Ori? Cukup tarikh dia akan kuar window Guinine?
Tak perlu risau, dengan adanya sofftware ini, ianya dapat menghalang perkara tersebut, jadi apa tunggu lagi, download sekarang, Bebas virus, telah diguna pakai oleh beberapa orang dan mereka tidak pernah lagi kecewa dengan menggunakan software ini. Hahahaha

Monday, July 18, 2011

Download Photoshop CS5

Hai, anda ada photoshop lama-lama?Contohnya photoshop CS2 atau photoshop CS3?
Tidak perlu lagi dengan software photoshop yang lama, kita anda boleh menggunakan software yang baru iaitu software adobe photoshop CS5, apa yang menarik disini ialah filenya tak la begitu besar sangat cuma 64MB saja, jadi tak perlu tunggu lama untuk download, Ramai yang telah guna photoshop ini dan tiada masalah lagi setakat ini, jadi anda bolehlah cuba guna, Download di bawah.

(Lepas klik, akan keluar iklan 5saat, kemudian tekan skip Ads pada banner tersebut)

Thursday, July 7, 2011

Cara Menggunakan Driver Pack Solution 11


Assalamualaikum, apa khabar semua, semalam saya baru download driver pack solution versi yang 11 iaitu final version punya, ianya amat berlainan dengan version-version yang lama kerana versi kali ini sesuai digunakan oleh pelbagai jenis komputer dari jenis lama hingga jenis yang baru..Jadi saiz yang sebesar 3GB saya download tu memang agak berbaloi kerana software ini memang susah nak dapat kerana sesetengah orang malas nak download fail sebanyak tu.

Untuk apa Driver pack solution ni?
---  Lepas format pc/laptop, ada sesetengah komputer yang tidak ada driver yang lengkap contohnya driver sound, grafik atau network, jadi driver selebihnya kita perlu cari sendiri samada dari cd driver ataupun dari internet, jadi dengan menggunakan DRIVER PACK SOLUTION ini, walau apa jua jenis komputer dan driver, semuanya digabungkan driver-driver tersebut didalam satu software ini. Senang cerita Semua driver ada dalam Software Driver Pack Solution ni la. OK.

Disini saya nak bagitau cara-cara nak menggunakan Driver Pack Solution 11 ini.
Lepas download Software tersebut dari torent di Driver Pack ini yang bersaiz hampir 3gb.

Copy la dalam hardisk atau DVD, pastu cari komputer yang tak de driver lagi double click je kat icon macam gambar bawah ni.


Pastu nanti kalau driver yang tak de dalam komputer tu akan keluar senarai-senarai dia sama ada untuk install driver yang belum ada ataupun update driver yang sedia ada.
Kalau software ni dah habes scan semua driver-driver pastu tekan je  "install" dekat "Missing driver found" jangan tekan update.

Lepas dia dah habes install semua driver-driver tersebut, restart je pc anda dan semua driver dah diinstall dengan sempurna. Senang kan?Driver pack ni selalu diguna dekat kedai-kedai service komputer. Simpan untuk private pun boleh jugak.

Wednesday, June 22, 2011

Install Windows XP dengan Cepat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua, harini Ilmu It nak bagitau tips tentang bagaimana hendak melajukan proses install windows pada OS windows XP, caranya amat mudah sekali, anda tak perlukan apa-apa software untuk melajukan proses installation tersebut. Ianya hanya memerlukan command prompt untuk membuka task manager sahaja.

Cara-cara yang pertama untuk install windows xp dengan cepat ialah, anda perlu lakukan perkara yang biasa seperti membuat pastition format atau delete data-data dalam hardisk dan sebagainya kemudian apabila screen seperti dibawah ini keluar anda perlu menekan butang "SHIFT" dan "F10"serentak.

Kemudian satu paparan command prompt akan keluar kan?maka dalam tu anda perlu taip satu command iaitu :  taskmgr
contoh gambar di bawah:
Contoh
Selepas itu akan keluar task Manager seperti gambar di bawah juga, anda perlu klik pada butang Process dan cari process yang bernama SETUP kemudian RIGHT CLICK pada setup tersebut klik pada SET PRIORITY dan pilih HIGH kemudian tekan butang OK.

Bukan print screen yang sebenar(contoh)


Dengan ini, proses install XP anda akan ladi lebih laju pada biasa
Sebarang kerosakan tidak ditanggung
FOR EDUCATION PURPOSE ONLY...tapi kalau nak try untuk bisnes pun ok jugak..jimat masa dan cepat :)
tq...

Thursday, June 16, 2011

Mengakses Laman web yang disekat

Dunia tanpa sempadan?
Itulah ungkapan yang sering didengarkan oleh kita apabila kita menggunakan internet.
Internet ialah dunia tanpa sempadan, jadi segala-galanya ada didalam internet, tak perlu bercerita panjang, internet memang sudah menjadi satu trend masyarakat kita pada harini, bagi sesiapa yang tidak kenal internet pada harini, kita boleh mengatakan orang itu tidak kenal apa itu dunia tanpa sempadan.

Jadi, walaupun ungkapan ini sering diungkap oleh pelbagai pihak media samada pihak internet dan pihak tv namun internet kita di malaysia telah menyekat beberapa laman web file sharing yang mungkin menjadi kegemaran kenapa orang ingin ada internet. Kebanyakan orang yang ada internet mungkin tidak hanya mahu melayari facebook dan google sahaja, mereka mesti mahu memuatturun movie, software, muzik, games, dan pelbagai lagi aplikasi-aplikasi di internet. Jadi internet di Malaysia tidak perlu disekat website-website sebegini kerana menyukarkan kerja kita untuk mencari bahan-bahan yang kita perlukan.

Antara website yang disekat oleh pihak kerajaan telah pun ditunjukkan pada post yang sebelumnya

Internet di Malaysia tidak boleh dikatakan dunia tanpa sempadan  kerana masih ada sempadan yang tertentu dimana beberapa website yang penting untuk kita layari telahpun disekat, jadi disini saya ingin mengajar anda semua untuk melayari internet tanpa sempadan dengan menukar DNS pada laptop atau komputer anda.
Dan selepas menukar tersebut, barulah internet ini dikatakan "dunia tanpa sempadan".

Dan ingat.."Internet itu kita bayar dan kita berhak keatasnya untuk melayari dan mendownload apa pun dan bukannya untuk disekat, kalau free tak pa nak sekat apa pun"

Ok dibawah adalah cara cara untuk mengakses laman web yang disekat/block itu.

Control panel

Double click Network Connection
(KLIK GAMBAR UNTUK BESAR)

Right click kat Local Area Connection, Kalau yang pakai wireless, Right click kat Wireless connection
Kemudian tekan properties

Klik pada Internet Protocol , kemudian klik pula dekat properties
Kalau window7,  Internet Protocol Layer 4 klik properties Jugak

Pilih "Use the following DNS server addresses" dan masukkan nombor seperti yang tertera di gambar tersebut kemudian tekan butang OK..

8.8.8.8
8.8.4.4
Dan selepas itu, kita boleh melayari apa sahaja tanpa sekatan :)
Thanks..

Wednesday, June 15, 2011

Website yang disekat


Assalamualaikum semua, mungkin ramai yang sudah tahu kerajaan Malaysia telah menyekat beberapa website file sharing yang digunakan oleh kita untuk download movie-movie, game-game dan lain lain atas alasan menjaga hakcipta orang lain. Berikut adalah senarai website yang disekat, jadi pada harini saya cuba untuk menaip url tersebut di browser dan ternyata memang website itu disekat, jadi benda ini memang betul la kan?


Bawah ni contoh www.megavideo.com yang saya taip di browser.
Klik Gambar untuk besarkan

Hal ini mungkin terjadi pada orang yang menggunakan rangkaian internet yang awam, contohnya TM dan lain-lain, kerana semua rangkaian tersebut dibawah pengawasan SKMM, tetapi bagi yang menggunakan Rangkaian internet Private, mungkin tidak akan mengalami masalah ini.

Namun bagi saya, walaupun disekat dengan hebat, saya tetap boleh mengakses website-website tersebut sambil tersenyum lebar.

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN

Jadi apa Komen anda tentang ini?

Monday, June 13, 2011

Unlocker for delete the Protected file

Apa itu unlocker?unlocker digunakan untuk kita mendelete sesuatu file yang kadang-kadang kita tak boleh nak delete dan contoh yang terdekat apabila kita nak delete, mesej popup seperti dibawah akan keluar.
Ini mungkin kerana file tersebut masih tidak tertutup aplikasinya dengan betul, ataupun selalunya terjadi pada pendrive atau memori kad.
Perkara ini tidaklah teralalu serius kerana hal ini selalunya terjadi apabila sesudah kita uninstall sesuatu program itu, kemudian kita hendak padam fail-fail berkaitan dengan program tersebut maka akan timbul la popup seperti ini.Benda ini boleh didelete sesudah restart komputer, tetapi kalau hendak cepat, kita perlukan software unlocker untuk memadam apa-apa file yang kita tak mau dengan cepat.

Kadang-kadang juga kita hendak delete virus, tetapi virus itu tidak boleh didelete disebabkan berlakunya perkara seperti diatas, maka jangan risau, dengan menggunakan tool ini, kita dapat memadamnya dengan suka dan senang hati.Tetapi jangan tersilap padam file kerana takut terpadam data pada system32.

Untuk download program tersebut, Klik link download di bawah


Sunday, June 12, 2011

Chatting Secara Rambang


Anda pernah dengar dengan website omegle?website ini digunakan oleh orang ramai untuk chatting dengan orang-orang yang kita tak kenal samada dengan text chat ataupun video chat.
Nak chat dengan mengunakan omegle ini sangat senang, tak perlu nak install apa-apa software pun dalam Pc anda, cumu buka website www.omegle.com kemudian pilih samada nak chat menggunakan Text chat ataupun nak chat menggunakan Video chat.

Disebabkan omegle ini digunakan oleh orang ramai secara rambang tanpa menghiraukan sesiapa, maka berhati-hati dan jangan terlalu mendedahkan indentiti anda kepada sesiapa sahaja.
Text chat mungkin biasa, tapi kalau video chat ni kadang-kadang orang yang kita tak kenal tu ada melakukan aksi 18sx, jadi tak digalakkan untuk orang bawah umur 18tahun menggunakan website ini.
 bawah ni contoh gambar di amik dari chatting omegle.


Untuk mencuba, sila klik link dibawah ini.

Friday, June 10, 2011

Hide Your real IP adress



Apa kegunaan tools ni?Hide your real Ip adress?ya, perisian ni digunakan untuk menyembunyikan ip address yang sebenar. Ip adress ialah nombor dimana tempat kita melayari internet, jika contoh di malaysia ianya ialah 124.13





Thursday, June 9, 2011

Portable Paint

portable paint
Kekadang kita ada install window ghost version punya, so ada sesetengah komputer tu, sesetengah software tak berapa mencukupi dan orang yang selalu menggunakan paint juga akan terasa seperti sebuah software yang amat penting yang sering digunakan hilang, jadi dengan menggunakan portable paint ini, kita tak perlu lagi nak install paint tu dalam komputer kita, sebaliknya boleh dibawa kemana sahaja dengan menggunakan perndrive.

Walaupun sesetengah komputer tu ada juga paint, tapi rasa malas nak guna versi yang baru, kita boleh menggunakan paint ini kerana ianya adalah versi window xp dan amat mudah digunakan.sesuai digunakan untuk print screen atau apa-apa lagi yang berkenaan.

Tuesday, June 7, 2011

Antivirus Percuma (recommended)

top 10 antivirus percuma

Antivirus perlu ada pada setiap komputer mahupun laptop, tambahan pula bagi sesiapa yang rajin online, tiada antivirus dalam pc anda, mungkin akan menyebabkan pc anda dijangkiti virus dengan mudah semasa melayari internet, berkongsi fail, menyemak email ataupun menggunakan peranti luar seperti pendrive atau external hardisk, jadi, antivirus mesti ada pada setiap pc.

Antivirus mungkin agak mahal dan kurang berbaloi jika kita selalu suka format komputer kita, jadi tak perlu susah susah nak beli antivirus mahal-mahal, just cari dalam google je crack punya antivirus atau nak lagi selamat, guna yang free punya, apapun kita kena rajin update ja antivirus tu.

Antivirus percuma yang saya sedang gunakan sekarang ialah antivirus jenis Avira, kerana ianya mudah dan cepat, tapi kesemua antivirus tu ada kelebihan dan kelemahan dia yang tersendiri, boleh dikatakan semua antivirus percuma yang saya pernah pakai ok ja, yang penting rajin update.

Kat bawah ni senarai antivirus percuma yang anda semua boleh download, jadi tak perlu nak beli ataupun kena kelentong dengan kedai.

(Avast antivirus free edition)


(Avira Free antivirus)


(AVG free Antivirus)


(Bit Defender free Edition)


Saya cadangkan guna Avira atau AVG sebab saya pernah guna dua-dua tu ok je tak da masalah pun, senang nak scan, senang nak update.

Monday, June 6, 2011

Download laju menggunakan IDM

downloader
Anda selalu gunakan youtube downloader untuk download youtube, tetapi dengan menggunakan software ini, anda tidak perlu lagi menggunakan youtube downloader untuk download video dari youtube, ianya addon pada Browser anda. Setiap kali anda menonton video di youtube, akan terdapat satu butang "DOWNLOAD" di atas video youtube. Untuk download, hanya klik pada butang tersebut sahaja.

Software ini juga dapat digunakan untuk download apa-apa file video selain youtube seperti metacafe, dan lain-lain lagi, jadi, jika anda menggunakan youtube downloader, iainya tertumpu pada satu website saja iaitu youtube, tapi jika menggunakan ini, kita boleh download video dari apa jua website termasuklah video dari facebook.

Bukan setakat video sahaja, malahan IDM ini juga digunakan untuk download apa sahaja dengan kepantasan yang laju berbanding download menggunakan browser biasa.

Tetapi software ini adalah software yang berbayar, untuk mendapatkan full version, kita perlu mencari crack untuk software tersebut. Crack untuk software ini bukanlah susah cari je dalam google pasti ada punya. Tapi version sekarang mungkin agak susah nak crack, sapa nak yang version lama boleh hantarkan email sebab tak boleh nak show disini takut kena banned pulak.

Apa pun boleh try software ini dekat link dibawah untuk download.


Sebarang pertanyaan boleh hantar komen :)

Any Driver for Any Notebook or PC

any driver

Anda sering mengalami masalah untuk mencari driver selepas format laptop atau pc? tak perlu risau lagi sekarang kerana disini saya akan menunjukkan sejenis software (Maksud saya website) yang terdapat pelbagai jenis driver-driver seperti sound driver, wifi driver, graphic driver, dan lain-lain lagi.

Kelebihan lain ialah ianya bukan saja tertumpu pada satu jenih laptop atau pc, tetapi ianya terdapat pelbagai jenis laptop dan pc dan anda hanya perlu pilih sahaja untuk download secara keseluruhan atau download jenis-jenis tertentu, jika laptop anda ialah laptop Acer, maka download lah Driver acer dan pilih jenis laptop anda.

Model laptop anda ada di bawah laptop, pusingkan laptop anda dan lihat bawahnya. Dalam website ini juga terdapat satu kelebihan lagi dimana ia akan detect secara sendiri model laptop, jenis laptop, Ram, Hardisk, dan graphic yang kita gunakan, jadi kita tak perlu pergi ke kedai lagi untuk format laptop sendiri.

Usaha sendiri tangga Kejayaan :)

Belajar dari Kegagalan, kalau laptop anda Rosak, saya tak tanggung..hehe..tapi saya buat tak pernah pun rosak lagi laptop saya, paling kuat window corrupt, format sekali lagi ok je la..tak de kerosakan serius pun ok.

Klik link ANYDRIVER di bawah ini.
Thanks..


Driver untuk Acer mungkin boleh didownload secara sikit-sikit, tapi terus terang saya cakap untuk lain-lain model, kita perlu download Softwarenya dan dalam tu terdapat semua driver, saiznya melebihi 2GB, tak rugi kalau download pun, boleh diguna pakai oleh semua jenis Pc dan Laptop. (Russian Langguage)

Kalau ada apa-apa permintaan boleh hantar komen. Terima Kasih

Sunday, June 5, 2011

Clean your computer using CCleaner

ccleaner
Dengan menggunakan software ini anda boleh clean your computer using ccleaner,software ccleaner ini sangat senang digunakan oleh sesiapa sahaja, kegunaan software ini adalah untuk membersihkan segala data-data yang disimpan dalam computer seperti cookies dan history.

Seperti contoh, anda melayari laman web macam-macam seperti facebook, youtube atau lain-lain, anda tak perlu susah payah untuk logout pada setiap satu, anda hanya perlu run ccleaner ni dalam beberapa saat, segala history ataupun website yang anda layari itu akan bersih, dan link-link yang anda pernah lawat akan terpadam.

Kelebihan lain ialah ianya terdapat addon pada recycle bin anda, jadi anda tak perlu pergi ke "start" untuk jalankan software ini, anda hanya perlu right click pada recycle bin untuk run ccleaner ini, seperti contoh gambar di bawah.
Konsep nya adalah sama seperti anda nak emty recycle Bin, mudah kan? just right click and then Run CCleaner tersebut, maka link-link history dalam internet Explorer, Google Chrome atau Mozilla firefor anda akan terpadam, jadi tidak perlu risau untuk bagi pinjam laptop anda pada orang lain lagi. :)

DOWNLOAD DISINI versi 3.07

DOWNLOAD DISINI versi 3.09


Untuk Versi yang terbaru akan datang sila Pergi ke >>Halaman Ini


Compress File Using Winrar

compress file using winrar
Hai, Assalamualaikum, saya sekadar buat blog ini untuk suka-suka dan blog ini juga adalah kegunaan untuk diri sendiri, dimana saya selalu kalut nak mencari software-software yang sering kali nak download setiap kali format, jadi dengan adanya blog ini, saya dapat kumpulkan segala data-data, informasi-informasi dan lain-lain lagi dalam blog saya ini. Walaupun dalam blog ini nanti akan ada info di mana anda semua dah tahu tentang apa yang saya nak letak dalam blog ini, tapi anggap ini satu revison untuk kita semua thanks :) 

Compress file atau data menggunakan software winrar
Dengan menggunakan software ini, anda dapat memampatkan data-data yang banyak dalam satu fail iaitu fail .rar. iainya tidak sama dengan simpanan dalam folder biasa, tetapi software winrar ini terdapat kelebihan tersendiri iaitu ianya dapat memampatkan data-data yang banyak sambil mengurangkan saiznya. Antara kelebihan lain, software ini dapat menambah pasword supaya tiada sesiapa yang dapat membuka folder tersebut melainkan anda seorang.

Jadi, anda semua boleh download software tersebut di link website yang tertera di bawah ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More