Wednesday, June 22, 2011

Install Windows XP dengan Cepat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua, harini Ilmu It nak bagitau tips tentang bagaimana hendak melajukan proses install windows pada OS windows XP, caranya amat mudah sekali, anda tak perlukan apa-apa software untuk melajukan proses installation tersebut. Ianya hanya memerlukan command prompt untuk membuka task manager sahaja.

Cara-cara yang pertama untuk install windows xp dengan cepat ialah, anda perlu lakukan perkara yang biasa seperti membuat pastition format atau delete data-data dalam hardisk dan sebagainya kemudian apabila screen seperti dibawah ini keluar anda perlu menekan butang "SHIFT" dan "F10"serentak.

Kemudian satu paparan command prompt akan keluar kan?maka dalam tu anda perlu taip satu command iaitu :  taskmgr
contoh gambar di bawah:
Contoh
Selepas itu akan keluar task Manager seperti gambar di bawah juga, anda perlu klik pada butang Process dan cari process yang bernama SETUP kemudian RIGHT CLICK pada setup tersebut klik pada SET PRIORITY dan pilih HIGH kemudian tekan butang OK.

Bukan print screen yang sebenar(contoh)


Dengan ini, proses install XP anda akan ladi lebih laju pada biasa
Sebarang kerosakan tidak ditanggung
FOR EDUCATION PURPOSE ONLY...tapi kalau nak try untuk bisnes pun ok jugak..jimat masa dan cepat :)
tq...

Thursday, June 16, 2011

Mengakses Laman web yang disekat

Dunia tanpa sempadan?
Itulah ungkapan yang sering didengarkan oleh kita apabila kita menggunakan internet.
Internet ialah dunia tanpa sempadan, jadi segala-galanya ada didalam internet, tak perlu bercerita panjang, internet memang sudah menjadi satu trend masyarakat kita pada harini, bagi sesiapa yang tidak kenal internet pada harini, kita boleh mengatakan orang itu tidak kenal apa itu dunia tanpa sempadan.

Jadi, walaupun ungkapan ini sering diungkap oleh pelbagai pihak media samada pihak internet dan pihak tv namun internet kita di malaysia telah menyekat beberapa laman web file sharing yang mungkin menjadi kegemaran kenapa orang ingin ada internet. Kebanyakan orang yang ada internet mungkin tidak hanya mahu melayari facebook dan google sahaja, mereka mesti mahu memuatturun movie, software, muzik, games, dan pelbagai lagi aplikasi-aplikasi di internet. Jadi internet di Malaysia tidak perlu disekat website-website sebegini kerana menyukarkan kerja kita untuk mencari bahan-bahan yang kita perlukan.

Antara website yang disekat oleh pihak kerajaan telah pun ditunjukkan pada post yang sebelumnya

Internet di Malaysia tidak boleh dikatakan dunia tanpa sempadan  kerana masih ada sempadan yang tertentu dimana beberapa website yang penting untuk kita layari telahpun disekat, jadi disini saya ingin mengajar anda semua untuk melayari internet tanpa sempadan dengan menukar DNS pada laptop atau komputer anda.
Dan selepas menukar tersebut, barulah internet ini dikatakan "dunia tanpa sempadan".

Dan ingat.."Internet itu kita bayar dan kita berhak keatasnya untuk melayari dan mendownload apa pun dan bukannya untuk disekat, kalau free tak pa nak sekat apa pun"

Ok dibawah adalah cara cara untuk mengakses laman web yang disekat/block itu.

Control panel

Double click Network Connection
(KLIK GAMBAR UNTUK BESAR)

Right click kat Local Area Connection, Kalau yang pakai wireless, Right click kat Wireless connection
Kemudian tekan properties

Klik pada Internet Protocol , kemudian klik pula dekat properties
Kalau window7,  Internet Protocol Layer 4 klik properties Jugak

Pilih "Use the following DNS server addresses" dan masukkan nombor seperti yang tertera di gambar tersebut kemudian tekan butang OK..

8.8.8.8
8.8.4.4
Dan selepas itu, kita boleh melayari apa sahaja tanpa sekatan :)
Thanks..

Wednesday, June 15, 2011

Website yang disekat


Assalamualaikum semua, mungkin ramai yang sudah tahu kerajaan Malaysia telah menyekat beberapa website file sharing yang digunakan oleh kita untuk download movie-movie, game-game dan lain lain atas alasan menjaga hakcipta orang lain. Berikut adalah senarai website yang disekat, jadi pada harini saya cuba untuk menaip url tersebut di browser dan ternyata memang website itu disekat, jadi benda ini memang betul la kan?


Bawah ni contoh www.megavideo.com yang saya taip di browser.
Klik Gambar untuk besarkan

Hal ini mungkin terjadi pada orang yang menggunakan rangkaian internet yang awam, contohnya TM dan lain-lain, kerana semua rangkaian tersebut dibawah pengawasan SKMM, tetapi bagi yang menggunakan Rangkaian internet Private, mungkin tidak akan mengalami masalah ini.

Namun bagi saya, walaupun disekat dengan hebat, saya tetap boleh mengakses website-website tersebut sambil tersenyum lebar.

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN

Jadi apa Komen anda tentang ini?

Monday, June 13, 2011

Unlocker for delete the Protected file

Apa itu unlocker?unlocker digunakan untuk kita mendelete sesuatu file yang kadang-kadang kita tak boleh nak delete dan contoh yang terdekat apabila kita nak delete, mesej popup seperti dibawah akan keluar.
Ini mungkin kerana file tersebut masih tidak tertutup aplikasinya dengan betul, ataupun selalunya terjadi pada pendrive atau memori kad.
Perkara ini tidaklah teralalu serius kerana hal ini selalunya terjadi apabila sesudah kita uninstall sesuatu program itu, kemudian kita hendak padam fail-fail berkaitan dengan program tersebut maka akan timbul la popup seperti ini.Benda ini boleh didelete sesudah restart komputer, tetapi kalau hendak cepat, kita perlukan software unlocker untuk memadam apa-apa file yang kita tak mau dengan cepat.

Kadang-kadang juga kita hendak delete virus, tetapi virus itu tidak boleh didelete disebabkan berlakunya perkara seperti diatas, maka jangan risau, dengan menggunakan tool ini, kita dapat memadamnya dengan suka dan senang hati.Tetapi jangan tersilap padam file kerana takut terpadam data pada system32.

Untuk download program tersebut, Klik link download di bawah


Sunday, June 12, 2011

Chatting Secara Rambang


Anda pernah dengar dengan website omegle?website ini digunakan oleh orang ramai untuk chatting dengan orang-orang yang kita tak kenal samada dengan text chat ataupun video chat.
Nak chat dengan mengunakan omegle ini sangat senang, tak perlu nak install apa-apa software pun dalam Pc anda, cumu buka website www.omegle.com kemudian pilih samada nak chat menggunakan Text chat ataupun nak chat menggunakan Video chat.

Disebabkan omegle ini digunakan oleh orang ramai secara rambang tanpa menghiraukan sesiapa, maka berhati-hati dan jangan terlalu mendedahkan indentiti anda kepada sesiapa sahaja.
Text chat mungkin biasa, tapi kalau video chat ni kadang-kadang orang yang kita tak kenal tu ada melakukan aksi 18sx, jadi tak digalakkan untuk orang bawah umur 18tahun menggunakan website ini.
 bawah ni contoh gambar di amik dari chatting omegle.


Untuk mencuba, sila klik link dibawah ini.

Friday, June 10, 2011

Hide Your real IP adress



Apa kegunaan tools ni?Hide your real Ip adress?ya, perisian ni digunakan untuk menyembunyikan ip address yang sebenar. Ip adress ialah nombor dimana tempat kita melayari internet, jika contoh di malaysia ianya ialah 124.13





Thursday, June 9, 2011

Portable Paint

portable paint
Kekadang kita ada install window ghost version punya, so ada sesetengah komputer tu, sesetengah software tak berapa mencukupi dan orang yang selalu menggunakan paint juga akan terasa seperti sebuah software yang amat penting yang sering digunakan hilang, jadi dengan menggunakan portable paint ini, kita tak perlu lagi nak install paint tu dalam komputer kita, sebaliknya boleh dibawa kemana sahaja dengan menggunakan perndrive.

Walaupun sesetengah komputer tu ada juga paint, tapi rasa malas nak guna versi yang baru, kita boleh menggunakan paint ini kerana ianya adalah versi window xp dan amat mudah digunakan.sesuai digunakan untuk print screen atau apa-apa lagi yang berkenaan.

Tuesday, June 7, 2011

Antivirus Percuma (recommended)

top 10 antivirus percuma

Antivirus perlu ada pada setiap komputer mahupun laptop, tambahan pula bagi sesiapa yang rajin online, tiada antivirus dalam pc anda, mungkin akan menyebabkan pc anda dijangkiti virus dengan mudah semasa melayari internet, berkongsi fail, menyemak email ataupun menggunakan peranti luar seperti pendrive atau external hardisk, jadi, antivirus mesti ada pada setiap pc.

Antivirus mungkin agak mahal dan kurang berbaloi jika kita selalu suka format komputer kita, jadi tak perlu susah susah nak beli antivirus mahal-mahal, just cari dalam google je crack punya antivirus atau nak lagi selamat, guna yang free punya, apapun kita kena rajin update ja antivirus tu.

Antivirus percuma yang saya sedang gunakan sekarang ialah antivirus jenis Avira, kerana ianya mudah dan cepat, tapi kesemua antivirus tu ada kelebihan dan kelemahan dia yang tersendiri, boleh dikatakan semua antivirus percuma yang saya pernah pakai ok ja, yang penting rajin update.

Kat bawah ni senarai antivirus percuma yang anda semua boleh download, jadi tak perlu nak beli ataupun kena kelentong dengan kedai.

(Avast antivirus free edition)


(Avira Free antivirus)


(AVG free Antivirus)


(Bit Defender free Edition)


Saya cadangkan guna Avira atau AVG sebab saya pernah guna dua-dua tu ok je tak da masalah pun, senang nak scan, senang nak update.

Monday, June 6, 2011

Download laju menggunakan IDM

downloader
Anda selalu gunakan youtube downloader untuk download youtube, tetapi dengan menggunakan software ini, anda tidak perlu lagi menggunakan youtube downloader untuk download video dari youtube, ianya addon pada Browser anda. Setiap kali anda menonton video di youtube, akan terdapat satu butang "DOWNLOAD" di atas video youtube. Untuk download, hanya klik pada butang tersebut sahaja.

Software ini juga dapat digunakan untuk download apa-apa file video selain youtube seperti metacafe, dan lain-lain lagi, jadi, jika anda menggunakan youtube downloader, iainya tertumpu pada satu website saja iaitu youtube, tapi jika menggunakan ini, kita boleh download video dari apa jua website termasuklah video dari facebook.

Bukan setakat video sahaja, malahan IDM ini juga digunakan untuk download apa sahaja dengan kepantasan yang laju berbanding download menggunakan browser biasa.

Tetapi software ini adalah software yang berbayar, untuk mendapatkan full version, kita perlu mencari crack untuk software tersebut. Crack untuk software ini bukanlah susah cari je dalam google pasti ada punya. Tapi version sekarang mungkin agak susah nak crack, sapa nak yang version lama boleh hantarkan email sebab tak boleh nak show disini takut kena banned pulak.

Apa pun boleh try software ini dekat link dibawah untuk download.


Sebarang pertanyaan boleh hantar komen :)

Any Driver for Any Notebook or PC

any driver

Anda sering mengalami masalah untuk mencari driver selepas format laptop atau pc? tak perlu risau lagi sekarang kerana disini saya akan menunjukkan sejenis software (Maksud saya website) yang terdapat pelbagai jenis driver-driver seperti sound driver, wifi driver, graphic driver, dan lain-lain lagi.

Kelebihan lain ialah ianya bukan saja tertumpu pada satu jenih laptop atau pc, tetapi ianya terdapat pelbagai jenis laptop dan pc dan anda hanya perlu pilih sahaja untuk download secara keseluruhan atau download jenis-jenis tertentu, jika laptop anda ialah laptop Acer, maka download lah Driver acer dan pilih jenis laptop anda.

Model laptop anda ada di bawah laptop, pusingkan laptop anda dan lihat bawahnya. Dalam website ini juga terdapat satu kelebihan lagi dimana ia akan detect secara sendiri model laptop, jenis laptop, Ram, Hardisk, dan graphic yang kita gunakan, jadi kita tak perlu pergi ke kedai lagi untuk format laptop sendiri.

Usaha sendiri tangga Kejayaan :)

Belajar dari Kegagalan, kalau laptop anda Rosak, saya tak tanggung..hehe..tapi saya buat tak pernah pun rosak lagi laptop saya, paling kuat window corrupt, format sekali lagi ok je la..tak de kerosakan serius pun ok.

Klik link ANYDRIVER di bawah ini.
Thanks..


Driver untuk Acer mungkin boleh didownload secara sikit-sikit, tapi terus terang saya cakap untuk lain-lain model, kita perlu download Softwarenya dan dalam tu terdapat semua driver, saiznya melebihi 2GB, tak rugi kalau download pun, boleh diguna pakai oleh semua jenis Pc dan Laptop. (Russian Langguage)

Kalau ada apa-apa permintaan boleh hantar komen. Terima Kasih

Sunday, June 5, 2011

Clean your computer using CCleaner

ccleaner
Dengan menggunakan software ini anda boleh clean your computer using ccleaner,software ccleaner ini sangat senang digunakan oleh sesiapa sahaja, kegunaan software ini adalah untuk membersihkan segala data-data yang disimpan dalam computer seperti cookies dan history.

Seperti contoh, anda melayari laman web macam-macam seperti facebook, youtube atau lain-lain, anda tak perlu susah payah untuk logout pada setiap satu, anda hanya perlu run ccleaner ni dalam beberapa saat, segala history ataupun website yang anda layari itu akan bersih, dan link-link yang anda pernah lawat akan terpadam.

Kelebihan lain ialah ianya terdapat addon pada recycle bin anda, jadi anda tak perlu pergi ke "start" untuk jalankan software ini, anda hanya perlu right click pada recycle bin untuk run ccleaner ini, seperti contoh gambar di bawah.
Konsep nya adalah sama seperti anda nak emty recycle Bin, mudah kan? just right click and then Run CCleaner tersebut, maka link-link history dalam internet Explorer, Google Chrome atau Mozilla firefor anda akan terpadam, jadi tidak perlu risau untuk bagi pinjam laptop anda pada orang lain lagi. :)

DOWNLOAD DISINI versi 3.07

DOWNLOAD DISINI versi 3.09


Untuk Versi yang terbaru akan datang sila Pergi ke >>Halaman Ini


Compress File Using Winrar

compress file using winrar
Hai, Assalamualaikum, saya sekadar buat blog ini untuk suka-suka dan blog ini juga adalah kegunaan untuk diri sendiri, dimana saya selalu kalut nak mencari software-software yang sering kali nak download setiap kali format, jadi dengan adanya blog ini, saya dapat kumpulkan segala data-data, informasi-informasi dan lain-lain lagi dalam blog saya ini. Walaupun dalam blog ini nanti akan ada info di mana anda semua dah tahu tentang apa yang saya nak letak dalam blog ini, tapi anggap ini satu revison untuk kita semua thanks :) 

Compress file atau data menggunakan software winrar
Dengan menggunakan software ini, anda dapat memampatkan data-data yang banyak dalam satu fail iaitu fail .rar. iainya tidak sama dengan simpanan dalam folder biasa, tetapi software winrar ini terdapat kelebihan tersendiri iaitu ianya dapat memampatkan data-data yang banyak sambil mengurangkan saiznya. Antara kelebihan lain, software ini dapat menambah pasword supaya tiada sesiapa yang dapat membuka folder tersebut melainkan anda seorang.

Jadi, anda semua boleh download software tersebut di link website yang tertera di bawah ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More